Tokoh Maal Hijrah Ismail_Muhammad

Pada 7 Disember 2010, Shaikh Ismail Muhammad dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah negeri Terengganu 2010. Beliau banyak memberi sumbangan dan khidmat kepada pembangunan dakwah Islam di Malaysia.Shaikh Ismail membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala serta sijil penghargaan.Anugerah telah disampaikan oleh Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja, Tengku Sri Laksamana Raja di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam. Tokoh Maal Hijrah lain ialah Muhamad Abu Bakar (70) menerima Anugerah Tokoh Keluarga Mithali negeri Terengganu.[2]